Minggu pertama
Para pemuzik sedang berlatih lagu Overture yang digubah oleh Hasni Amir. Sumber video-FarhanRosdii |
Pada minggu ini, kesemua para pelakon serta pemuzik berlatih secara berasingan. Farhan rosdi merupakan salah seorang vokalis dan dia telah bersama sama berlatih dengan para pemuzik pada waktu pagi. Lagu ini digubah suai oleh salah seorang pelajar asasi, Hasni Amir. Lagu ini cukup menarik dan mampu menjadi tumpuan orang ramai kerana telah digubal oleh pelajar asasi sendiri. Saya telah memuatnaik video ini di Instagram dan berjaya menarik minat 3 orang rakan saya di laman sosial.
Minggu Kedua
Para pelakon Pro'SA Mania telah melakukan flashmob di MCA,Kuala Lumpur. |
Barisan pelakon telah pergi ke MCA di bawah bimbingan Hasni Amir yang dibantu oleh Dr.Wong bagi mendapat kelulusan untuk membuat flashmob di MCA,Kuala Lumpur. Flashmob ini bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai dan untuk mendapatkan sponsor secara tak langsung. Kami telah mempersembahkan lagu Gemuruh yang dinyanyi oleh Faizal Tahir.
Pada minggu yang sama, pemuzik dan pelakon telahpun berlatih bersama sama di BlackBox.
Saya sendiri telah meminta Azzam Idola Kecil memuatnaik video dan poster bagi tujuan pemasaran. Pada masa yang sama, Azzam telah menghantar video tersebut untuk saya memuatnaik di laman sosial peribadi saya dan laman sosial ProsaMania.
Minggu Ketiga
Para pelakon telah pergi ke KLPAC bagi menyaksikan Teater Langkau |
Kami semua telah berpakat untuk pergi ke KLPAC bagi menyaksikan Teater Langkau. Tujuan kami adalah untuk memperbaiki Prosa Mania dari segi lakonan dan tenaga lakonan apabila kami membandingkan ProsaMania dan Langkau. Kami juga telah mempelajari sudut pandangan dan tenaga yang betul bagi mendapat perhatian penonton. Pada masa yang sama kami telah meminta para pelakon Langkau dan orang orang industri untuk membuat video dan mempromosikan ProsaMania.
Pelakon, pemuzik, krew dan semua yang terlibat telah melakukan sesi bergambar di BlackBox. |
Kesemua barisan pelakon,pemuzik dan Krew yang terlibat melakukan sesi bergambar bagi tujuan pemasaran dan di bahagian Front Of House pada hari persembahan.
Minggu Keempat
Setelah bump-in kami melakukan Technician Run bagi memastikan mikrofon dan pencahayaan dalam keadaan yang betul mengikut setiap adegan persembahan
Floor88 mempromosikan ProsaMania. |
Saya sendiri telah meminta kumpulan Floor88 mempromosikan Prosa Mania dengan memuatnaik video meminta peminat hadir ke ProsaMania. Video ini juga telah dihantar kepada saya untuk dimuatnaik di laman sosial peribadi saya serta laman sosial ProsaMania.