Permulaan Prosa Mania 2017 - Tekad kami adalah pada tarikh 8 Julai 2017 pada waktu malam pukul 8 dan tarikh persembahan kami adalah pada 11 dan 12 Ogos 2017, 8.30 malam, di Panggung Eksperimen Aswara dengan bayaran Rm10 kepada orang dewasa awam dan bayaran Rm5 kepada pelajar dan kanak – kanak, tiket juga boleh didapati secara “Walk in”. Encik Adieyka Zainal adalah Direktor yang membantu dalam memimpin penghasilan karya yang telah diubahsuai semula oleh karya salah seorang pelajar asasi Hasni Amir yang bertajuk “A New Hope – At The Heart of the Sea” dan beliau juga merupakan Music Director kami. Encik Azrie Izham bertanggungjawab sebagai Production Manager, Priyangka sebagai Assistant Director manakala Hafiz Affandi telah mendai Stage Manager kami yang mempunyai orang penolongnya sebagai Assistant Stage Manager iaitu Anis Aryani, Karthiga dan Ang Li Han, Encik Failul Adam pensyarah dari fakulti tari sebagai Pembimbing Koreografer serta kami juga dibantu oleh Encik Iefiz pensyarah fakulti teater dalam suara dan pergerakan improvisasi kami. Terbahagi lagi kepada 3 kumpulan persembahan seramai 19 orang, kumpulan musicians 12 orang dan kumpulan pengurusan 14 orang.

Sesi casting diadakan pada 8 hari bulan ini di Studio Tari Utama. Sesi casting mempunyai pembacaan semula skrip serta nyanyian dan group blog kami seramai 5 orang yang menyertai sebagai kumpulan persembahan pelakon iaitu Shariee, Fathullah Farhan, Amir Hairi, Afiqah Maizan dan Zulaykha manakala seorang lagi ahli kumpulan blog kami Nisa menyertai sebagai persembahan music. Semua ahli kumpulan kami adalah 6 orang. Pada Tarikh ini juga merupakan meeting yang pertama bagi kumpulan perngurusan dan kumpulan musicians.

Program Pengajian Asasi ASWARA bakal mengadakan Projek Seni Asasi 2017 (ProSA 2017). Projek Seni yang diberi judul Prosa Mania - Tekad merupakan sebuah persembahan kolaborasi bakat lakonan, nyanyian dan muzik yang melibatkan para pelajar semester akhir Asasi Seni Kreatif ASWARA dengan bimbingan tenaga pengajar ASWARA. Secara ringkasnya, Prosa Mania - Tekad mengisahkan perjalanan pelajar bidang seni kreatif serta cabaran yang terpaksa dihadapi dalam mencapai hasrat menjadi karyawan berilmu. Lakaran sejarah ini diterjemahkan dalam bentuk persembahan muzikal yang hebat dan menarik. 
9 hari bulan kami memulakan latihan kami yang pertama dalam memahami skrip yang telah diberi, watak – watak terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu watak utama 3 orang, watak 3 sekawan, watak 4 senior dan watak ensemble. Masing – masing memberikan komitment dalam memainkan watak mereka. Latihan kami termasuk berdialog, nyanyian, tarian serta gerakan improvisasi.

Pelajar Asasi Seni Kreatif juga membuat persembahan di Majlis Hari Raya ASWARA pada 18 Julai hari selasa. Terima kasih kepada Ketua Program Asasi Seni Kreatif, Encik Rosman Ishak kerana sentiasa menjadi pembimbing dan memberi peluang kepada kami semua untuk menyerlahkan bakat masing masing. Antara tempat kami berlatih adalah di Studio Tari Utama dan Black Box. Kami juga berkesempatan untuk mempromosikan Prosa Mania 2017 di Wisma MCA Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang diiringi oleh Dekan Fakulti Teater Doktor Wong dan kami mempersembahkan tarian lagu Gemuruh selama lebih kurang 3 minit. Persembahan kami tertumpu kepada tetamu – tetamu VIP di sana.


Kami juga berkesempatan untuk melihat pementasan teater kotemporari Langkau di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), dipersembahkan oleh para pensyarah Teater dan Tari dari Aswara. Kami melihat contoh sekaligus mencari ilham dalam Prosa Mania kami melalui sebuah teater yang mempunyai semangat kerjasama, mempunyai tenaga yang sangat tinggi sekali melihat tarian dan pergerakan yang selari dan improvisasi yang menarik dan ini akan membantu dalam menaikkan semangat kami juga dalam lakonan kami.



Pada 5 Ogos dan ketika  itu latihan sedang dijalankan di black box dan masa kami berlatih tinggal lagi lebih kurang 4 hari, kami sedar yang kami perlu tingkatkan lagi prestasi kami kerana sebelum itu kurang memuasakan dan banyak kekurangan serta komen dari Director, Assistant Director dan Music Director. Lakonan kami memberikan banyak pergerakan dan tarian baru yang selalu diingatkan kepada kami bahawa lakonan kami akan memberi impak yang besar kepada kami sendiri seumur hidup kami. Maka kata – kata semangat dan keramat dari beberapa orang penting ini menjadi petunjuk dan tauladan kami untuk memberikan persembahan yang terbaik di Prosa Mania 2017 nanti. Pada hari persembahan juga Fathullah Farhan, Amir Hairi dan Nisa juga akan mempersembahkan nyanyian mereka.




Pada 9 Ogos, kami semua telah “Bump in” ke dalam Panggung Eksperimen Aswara. Barang – barang musicians, barang – barang dan serta pakaian barisan pelakon – pelakon, penyediaan “Lighting” oleh bahagian teknikal, penyediaan props dan set oleh unit design dan kostum, Penyediaan promosi secara meluas oleh unit multimedia, Penyediaan hiasan pintu masuk serta makanan oleh unit logisitik dan Front of House (F.O.H). Kami juga mempunyai Repost, Like and Hashtag Contest di laman sosial Instagram.

Kami mengadakan “Full Dressed” pada 10 Ogos dengan pakaian serta props dan set yang cukup lengkap dan masing – masing menunjukkan prestasi yang meningkat dengan semakin baik hari demi hari. Pada hari show pertama kami iaitu pada 11 Ogos, kami mengadakan sedikit briefing serta kata – kata pembakar semangat oleh Director, Assistant Director, Music Director, Stage Manager dan Production Manager serta mengadakan sesi perkongsian semangat beramai – ramai. Boleh dikira hampir penuh tempat duduk dan semuanya kelihatan teruja untuk melihat persembahan kami.
Kami semua agak gemuruh untuk melakukan persembahan masing - masing tetapi apabila masing – masing membantu dalam menaikkan semangat serta permbiran kata – kata inspirasi, seolah – olah gemuruh itu telah hilang pergi jauh meninggalkan kami dan semua telah menjadi sangat bersemangat dalam memberikan persembahan yang terbaik mereka. 





Kami juga telah ditonton oleh pelbagai tetamu – tetamu ternama contohnya iaitu Rektor Aswara sendiri Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Prof Madya Dr. Md Nasir, Pengarah – pengarah dari FINAS dan producer – producer dan komen mereka kepada kami adalah mereka sangat tidak sangka – sangka yang pelajar asasi mampu membuat persembahan yang hebat sebegini dan ini membuktikan yang sangat ramai pelajar – pelajar yang berbakat tinggi dalam asasi dan ini telah menaikkan lagi semangat kami apabila mendengarnya dan merasakan sangat gembira apabila diberi komen positif sebegitu.  

Apabila selesai persembahan kami pada hari yang terakhir iaitu pada 12 Ogos yang kami juga memberikan persembahan yang terbaik juga boleh dikira “Full House’ sekali lagi dengan keceriaan yang tak terhingga dari semua pelajar asasi dan para penonton, maka bermulalah “Bump out” kami yang dilakukan secara beramai – ramai sehingga ke pukul 1 pagi baru selesai dan semuanya pulang dengan muka yang letih tapi sangat puas hati dan muka yang paling kami gembira melihat adalah pada wajah Encik Adieyka Zainal menunjukkan muka yang sangat Letih, lega, gembira, puasa hati dan seperti ayat keramat beliau selalu, “Show kita dapat dijual!”.