ASAL USUL LAGU IMPIAN DAN DREAM CATCHER

ASAL USUL TERCIPTANYA LAGU IMPIAN DAN DREAMCATCHER




IMPIAN

Melodi asal lagu IMPIAN diambil dari lagu kartun Jepun iaitu Rakuen no Tsubasa. Hal ini kerana melodi lagu ini sangat menarik dan seperti memberi satu semangat kepada pendengarnya. Lirik lagu ini ditulis oleh pelajar Asasi sendiri iaitu Hasni, Akim dan Farhan Rosdi (Jack). Lirik lagu ini menceritakan mengenai pelajar yang mempunyai impian dan cita-cita serta keazaman di dalam diri untuk mencapai apa yang dikehendaki. 


DREAM CATCHER


Lagu DreamCatcher pula merupakan lagu asal dari kumpulan boyband saya sendiri iaitu Twenty2. Tajuk asal lagu ini pada mulanya adalah #FREE maksudnya BEBAS. Lirik lagu ini menceritakan mengenai kerjasama dan persahabatan yang tidak dapat dipisahkan dalam membantu rakan-rakan bagi mencapai satu misi di dalam hidup. Inspirasi lagu Dream Catcher ini ditulis adalah apabila timbulnya konflik di dalam kumpulan nyanyian kami kerana setiap individu mempunyai sikap berlainan. Ada yang keras kepala, pentingkan diri dan sebagainya. Pergaduhan ini tercetus di dalam media sosial apabila setiap dari kami tidak berpuas hati dengan individu di dalam kumpulan yang sama. Disebabkan itu tercetusnya lirik serta lagu ini yang menceritakan kisah realiti kehidupan sebenar. Lagu ini juga telah memberi satu impak yang besar kepada kumpulan kami setelah mendengar serta memahami setiap perkataan yang diluahkan di dalam lagu ini yang menyebabkan kami bergabung semula sehingga ke hari ini.