Latihan ProsaMania

Minggu pertama
Sebelum memulakan latihan, Priyangka iaitu penolong direktor mengarahkan pelajar Asasi Seni Kreatif untuk memanaskan badan secara individu kerana tepat jam 8.00 malam kami akan memulakan ProSA'mania di BlackBox, Aswara.

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah sesi ujibakat lakonan dari segi suara dimana setiap individu perlu membaca skrip yang sedia ada. Antara watak yang ada ialah watak utama 1, watak utama 2 dan watak utama 3 bagi watak-watak utama. Seterusnya, watak untuk 3 sekawan.

Kemudian, sesi ujibakat bahagian nyanyian dimana setiap pelajar yang terlibat perlu menyanyikan dua buah lagu iaitu satu daripadanya merupakan lagu sedia ada manakala lagi satu lagu sendiri. Tambahan, Hasni Amir iaitu pengarah muzik akan memilih siapa yang layak untuk menjadi vokalis utama.

Pada bahagian watak-watak telahpun dipilih manakala bahagian nyanyian juga telah dipilih. Semua pelajar yang terlibat baik watak utama mahupun pelakon tambahan melakukan latihan dengan menghafal dialog masing-masing serta pergerakan-pergerakan yang dipantau oleh Priyangka dan Cik Adieka Zainal.


Minggu Kedua
Amir dan Jack berlatih lagu Dream Catcher

Bagi watak utama, mereka perlu menghafal setiap perkataan yang sedia ada manakala ensemble perlu menghafal dialog mereka dan juga pergerakan. Pada minggu inni juga Pengarah iaitu Encik Adika Zainal telah melakukan lakonan dari awal sehingga akhir bagi pelakon mengetahui dan lebih faham mengenai cerita ini. Kami juga telah diberikan lagu-lagu yang diubah suai dan lagu yang ditulis oleh rakan seasasi kami pada minggu ini. Kami juga telah mempelajari pergerakkan tarian bagi lagu Overture, Gemuruh Jiwa, They Don't Care About Us yang terhasil daripada gabungan idea idea rakan beberapa orang rakan dan Encik Boy. Lakonan kami juga telah diperbaiki dari pelbagai aspek yang dipantau oleh Encik Iefiz. Namun, terdapat pelbagai pengubahsuaian dari segi penceritaan dan watak untuk menjadikan cerita ini lebih menarik dan dapat dihayati.




Minggu ketiga



Para peserta melakukan rehearsal penuh di Panggung Experimen, Aswara dimana pentasnya dua kali ganda lebih besar berbanding tempat latihan sebelum ini. Pada masa yang sama, pergerakkan lagu Dream Catcher yang ditulis oleh Jack, Amir dan Hasni juga hanya ditetapkan pada hari isnin minggu ini. Jadi, kami diminta untuk berlatih pada jam seawal 8.30 pagi bagi memastikan kami tidak lupa kepada pergerakkan lagu tersebut.

Dari segi nyanyian pula, Priyangka telah menyenaraikan beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki antaranya blocking dan voice projection.Mereka perlu memperbesarkan suara mereka untuk membolehkan penonton dapat mendengar apa yang cuba disampaikan. Ketika itu juga, bahagian-bahagian teknikal akan melakukan tugas mereka dari segi pencahayaan, bunyi untuk pemuzik, penyanyi dan lain-lain lagi.


Minggu keempat

2 hari sebelum persembahan kami melakukan bump in dan pelakon kurang diberikan tugasan kerana pada waktu ini kesemua krew dan teknikal harus melakukan pekerjaan teknikal. Namun pada waktu petang kami telah melakukan run through untuk menentukan kedudukan bagi setiap adegan berdasarkan pencahayaan yang diubahsuai oleh krew.
Pada waktu malam pula pelakon diminta untuk berehat namun kebanyakkan pelakon termasuk saya telah pergi ke Panggung Experimen untuk membantu Front Of House menghias pintu masuk Panggung Experimen.

Sebelum persembahan dimulakan, kami semua diminta untuk memanaskan badan. Setengah jam sebelum persembahan pula kami membuat briefing untuk semua bahagian. Tujuan ianya dilakukan ialah untuk memberi kata-kata semangat agar dapat menjayakan persembahan pada malam kejadian. 
Gambar menunjukkan sesi briefing untuk semua yang terlibat

Para pelajar Asasi Seni Kreatif berjaya menarik penonton dengan mempersembahkan lakonan mereka dengan jayanya. Tetapi, berlaku sedikit masalah pada bahagian teknikal dimana ketika penyanyi sedang mempersembahkan nyanyiannya berlaku sedikit buzzing. 
Namun secara keseluruhan barisan pelakon serta barisan pemuzik melakukannya dengan baik.

Saya sebagai salah seorang barisan pelakon telah memainkan banyak watak contohnya sebagai pelajar, ketua bagi latihan (dalam satu adegan), sebagai pelajar yang ingin interview. Saya juga merupakan individu yang sentiasa ditengah maka saya harus sentiasa menjadi panduan kepada pelakon lain untuk berada dimana dalam setiap adegan nyanyian yang melibatkan kesemua para pelakon.

Salah seorang pelajar yang berbakat iaitu Sylvester telah menarik perhatian penonton
Kedua dua hari persembahan telah berjalan dengan sangat lancar dan seperti yang dirancang walaupun terapat sedikit masalah pada mikrofon namun tidak menjejaskan persembahan. 

Pada sesi bump out pula kami telah bersama sama mengeluarkan semua instrumen yang digunakan dan menyusun semua barang dalam keadaan asal. Kesemua barang yang dipinjam juga telah diletakkan di satu tempat dan kami telah mengecat semula lantai ET bagi membersihkan lukisan logo ProsaMania; Tekad yang kami lakukan di lantai ET. Kemudian kami membuka kesemua perhiasan di pintu masuk ET dan memastikan ET dalam keadaan sedia kala.